Pentas Hidup: Bekas Pelacur Kemaluan Berulat

Bekas Pelacur Kemaluan Berulat






Pada masa itu, singapura adalah syurga perkerja.bukan sahaja anak anak muda dari pantai timur malah golongan muda dari sebelahbarat semenanjung pun berjejal tuju ke singapura.orang lelaki banyak yang bekerja buruh.projek pembangunan tengah rancak.orang perempuan pun turut sama tuju ke singapura. termasuk lah rokiah. ketika itu rokiah baru berumur belasan tahun. masih ranggi. tengah berkembang mekar dan senyuman nya pasti memikat anak teruna di singapura. menyedarijauh dari perantauan, rokiah tidak mampu bertahan lama di kota singa itu. anak gadis macam dia, tidak boleh kerja sembarangan.mula mula dia cuba kerja kilang. memang dia kerja, tapi duit entah ke mana. tidak lama kemudian dia termakan hasutan kawan kawan, kerja layan orang dan minu minum lagi baik. gajinya? masa itu semua orang fikirkan duit.lagi banyak gaji, semua hendak berkerumun. termasuklah rokiah juga. dia lupa, bahawa dia perempuan. selok belok kota dan belum mahir lagi.akhirnya rokiah kecundang di kota singa itu. dia bukan anak dara lagi, kebetulan dia berkawan dengan orang orang yang sebaya dengan nya. dia hanya menumpang hidup kepada orang orang itu. cakap cakap tentang duit, rokiah tergoda juga. apa peduli dengan kehormatan? sekali sudah hancur, tetap hancur.dia mendapat nasihat dari orang yang bruk perangai bertambah hancurlah hidup Rokiah.

"Kalau kamu rajin ikut lelaki , kamu akan mendapat duit banyak", demikian nasihat kawan Rokiah yang dia panggil mummy.
Mula-mula Rokiah kekok juga. Tetapi apa hendak di pedulikan? sedangkan perawan di ragut seoarng burh kontrak, bukan seorang saudagar besar.
Rokiah bertambah matang dengan permainan lelaki di kta itu. Dia semakinbertambah mahir melayani lelaki demi lelaki berkat ajaran dan nasihat mummy, kupu-kupu malam berumur yang tidak mahu pencen.
Ketika di tempat persundaln itu lah Rokiah tahu menyebut kawasan hitam Kerreta Ayer yang terkenal sejak Zaman orang putih lagi. Dia tak tahu dulu ramai pelacur dari jepun yang di kenali dengan nama Karayukisan masuk ke kota itu.
Rokiah pun tak tahu banyak mengenai Malay Street, tempat persundalan tahun 30an dulu. Dia pun tak tahu tentang Pulau Bukom, Belakan Mati, Nan Mei Su, Cairnhill Circle, Tanjung Katong Road dan kisah hamba seks pada zaman Jepun dulu.
Walaupun dia tidak tahu tentang cerita hamba seks Jepun,kini Rokiah benar-benar menghambakan dirinya kepada seks. Setiap hari dia sentiasa mencari lelaki, nikmat dapat duit pun dapat.
Dia fikir , kalau bertahan lama di kota itu dia boleh boleh cari duit sebanyak mungkin. Lepas itu bolehlah balik kampung beli tanah atau rumah. Khayaln! memang khayalan. Tidak ada orang cari duit secara ini. Rokiah patut berfikir begitu.
Dulu dia pernah tanya mummy , mengapa tidak balik kampung setelah lama cari duit, Bukankah duit mummy sudah banyak? Banyak kata awak"? Habis kita tanak nasi pakai apa? Duduk sewa mana? Duit dari mana? Kalau tak duit dari ini"Suara mummy agak tinggi.
Betul juga kata mummy. Kini Rokiah sudah rasa. Bertahun-tahun cari duit, duit tidak menimbun juga. Habis joli sana. joli sini. Joli cara di zaman dulu. Dri hisap rokok hingga meminuman keras.
Rokiah bagaikan lupa dengan asal usulnya. Kisah hidup Rokiah tidak banyak di ketahui orang .Dia terlalu berahsia.Seorang dua lelaki yang kaki enjoy sana sahaja pernah nampak rokiah di sana kerja apa mereka tak tahu.
Tiba-tiba dalam tahun 90an, orang kampung dikejutkan oleh kisah seorang perempuan berumur yang hidup terlonta-lonta. Tinggal di sebuah pondok buruk mengasingkan diri. Dia telah jatuh sakit.
Orang kampung tidak tahu kisah hidup Rokiah.Siapa dia sebenarnya Saudara mara entah tidak diketahui. Dia tinggalkan kampung terlalu lama sehingga hanya orang tua-tua sahaja yang kenal dia. Bayangkan hampir 30 tahun dia menghilang. Entah hidup atau mati orang tak tahu?

Perempuan berumur ini setiap hari hanya berbaring di pondok buruknya.
Mujur ada budak-budak datang menjenguk. Ada yang panggil dia nenek, ada yang panggil makcik. Budak-budak tak tahu penderitaan dia?
Oleh sebab dia sakit , orang perempuan datang menjenguk. Ada yang beri makanan dan duit. Tetapi yang memelikkanperempuan ini terkena penyakit ganjil. Kemaluan berulat. Ulat berkutik memenuhi kain lusuhnya.
Ulat dari mana? tanya seorang perempuan tua. Dia cuba memeriksa beristighfar panjang perempuan tua ini apabila melihat ulat-ulat itu bersarang pada kemaluan Rokiah.
Baunya sangat busuk. Memang tak siapa sanggup melihat kemaluan berulat itu. Orang-orang yang datang menjenguk Rokiah tidak berkata apa. Mereka tidak tahu siapa Rokiah sebenarnya. Mereka tidak tahu Rokiah bekas perempuan kupu-kupu malam.
Bagi kalanagn lelaki yang tahu sejarah hidupnya mendiamkan diri. Biarlah keaiban itu tertutup. Jangan di tambah-tambah lagi. kalau dia sudah bertaubat eloklah. Tetapi yang musykil, kalau dia mahu belum bertaubat!
Allah, sekiranya menguji diri seseorang dengan penyakit, maka penyakit itu boleh melebur kesalahan-kesalahan nya.
Ini bukan pendapat saya, tapi maksud hadis.. kata haji madi memberitahu rakan-rakannya termasuklah perempuan tua yang terpandang ulat bersarang di kemaluan Rokiah.
Lama juga perempuan yang kemaluanya berulat menanggung sengsara. dia belum tua benar. Tetapi boleh jadi kegiatanya menjamu selera para lelaki, termasuk lah para kelasi kapal, buruh kapal dagang, bertimbunlah penyakit yang menimpa dirinya.
Kisah Rokiah bekas pelacur yang kemaluanya berulat ini memang heboh juga. Tetapi demi menjaga maruah, kisahnya tidak di panjangkan. Orang hanya anggap dia terkena permainan orang. Dia terkena ilmu hitam, angkara orang dengki padan dia. Padahal Rokiah sendiri tidak sayang kepada dirinya, orang tidak tahu?

Followers